Sebuah Kapal Lagi Menuju Gaza
Tuesday, January 4, 2011
telah belayar dari pelabuhan Syria ke Mesir kemarin, kata seorang pegawai Palestin di sini, semalam.
Juru bicara kumpulan aktivis yang berpangkalan di Syria, Khaled Abdel-Majid berkata, kapal tersebut
belayar dari Latakia menuju pelabuhan al-Arish, Mesir, lokasi bekalan bantuan akan dipunggah dan diangkut melalui jalan darat ke Gaza.
Katanya, kira-kira 100 aktivis proPalestin juga telah memasuki Genting Gaza dari Mesir awal pagi ini, bagi
mengendalikan pengagihan bantuan dari kapal yang dijangka tiba malam ini.
Abdel-Majid berkata, kumpulan aktivis terlibat datang dari pelbagai pertubuhan amal terutamanya dari India.
"Seramai 12 aktivis dari Iran, Jepang, Pakistan dan Afghanistan menaiki kapal 'Salam' (Keamanan)," katanya sebelum ini.
Beliau berkata, konvoi penghantaran bekalan dikenali sebagai Asia 1 itu, meninggalkan India bulan lalu dan ia
sepatutnya tiba di Gaza yang diperintah Hamas pada 27 Disember lalu, sempena ulang tahun kedua serangan Israel ke atas Gaza.
Menurutnya, kapal tersebut turut menjadi sasaran provokasi Israel sejak ia belayar di perairan antarabangsa.
"Kapal-kapal tentera laut Israel bertanya kepada kapten 'Salam' tentang jenis bekalan yang dibawa," kata
Abdel-Majid dengan menambah, beberapa aktivis di atas kapal turut diberi siasat.
Sementara itu, seorang jurucakap tentera Israel di Baitulmaqdis berkata, pihaknya mengawasi kapal tersebut
dengan teliti.
'Salam' membawa bekalan bantuan bernilai AS$1 juta (RM3.14 juta)) seperti obat-obatan, makanan,
permainan, empat buah bas dan 10 penjana elektrik untukrumah sakit.
Israel menguat kuasakan sekatan ke atas Gaza sejak kumpulan pejuang Israel menawan seorang tenteranya pada Jun 2006.
Ia diperkuatkan lagi setahun kemudian selepas kumpulan pejuang Hamas mengambil alih pemerintahan Gaza
ekoran perselisihan dengan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas. - AFP
Posting Komentar